Berita Terkini

SPRM Terima Kunjungan Hormat JKKN

Putrajaya, 24 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima kunjungan hormat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), semalam.

Delegasi JKKN diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Tuan Haji Mesran Mohd Yusop dan disambut oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan beberapa program kolaboratif melibatkan JKKN dan SPRM sepanjang tahun 2021.

Antaranya program yang bertemakan 'Antirasuah' dengan penganjuran beberapa pertandingan berskala besar seperti Battle Of The Band - Belia Benci Rasuah (JKKN Negeri Selangor), Festival Adat Antirasuah (JKKN Negeri Sembilan) dan Festival Dondang Sayang Antirasuah (JKKN Negeri Melaka).

Cadangan program ini adalah susulan kejayaan program kerjasama yang telah diadakan pada 27 April 2019 iaitu Pertandingan Dikir Barat Antirasuah 2019 yang telah diadakan di Kompleks JKKN Negeri Kelantan.

Pada akhir sesi, Tuan Haji Mesran turut ke udara secara langsung di konti radio MACC.fm dengan kupasan tajuk Penggemblengan Unsur Budaya 'Tak Nak Rasuah'.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Razim Mohd Noor dan Pengarah JKKN Negeri Selangor, Raizuli Mat Jusoh.


Hit : 1705