Berita Terkini

Pertambahan Ahli Baru AMAR Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pasir Mas Kelantan Menandakan Semangat Hapuskan Rasuah

PASIR MAS, 23 Mac – SPRM Kelantan mendekati mahasiswa dan mahasiswi Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pasir Mas, Kelantan. Mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat merupakan ahli baru bagi Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR). Program ini adalah hasil kerjasama dua pihak antara AMAR KKTM bersama SPRM Kelantan. 

Program ini dimulakan dengan taklimat berkaitan SPRM dan kesalahan rasuah dibawah Akta SPRM 2009 oleh PsK Hamisah Salleh.

Program ini dimeriahkan lagi dengan bacaan ikrar AMAR yang diketuai oleh Putera Afiq Mohd Izuhan, Presiden AMAR KKTM serta penyerahan Watikah Sijil Perlantikan AMAR kepada ahli yang baru. Seramai 30 mahasiswa baru telah mendaftar menjadi ahli AMAR KKTM Pasir Mas.

KPKPj Rosli Husain, Pengarah SPRM Kelantan telah diberikan penghormatan menjadi VIP pertama menanam pokok herba di Taman Herba KKTM Pasir Mas.


Hit : 2324