Berita Terkini

KPDNHEP Perak Jalin Kerjasama Erat Bersama SPRM Perak Melalui Kunjungan Hormat

PERAK, 23 Mac – YBhg. Dato’ Mohd Fauzi Mohamad, Pengarah SPRM Perak menerima kunjungan hormat daripad Encik Saifullizan Kamarul Zaman, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak bersama rombongannya di pejabat SPRM Perak hari ini.

Kunjungan ini merupakan satu usaha bagi mengeratkan hubungan sedia ada ke arah hubungan strategik yang lebih erat bagi kedua-dua belah pihak. Dalam masa yang sama, ini bagi menyantuni dan membincangkan isu-isu pencegahan rasuah serta menyebar luas mesej-mesej pencegahan rasuah.

Diharapkan dengan kerjasama yang terjalin ini akan meningkatkan hubungan baik antara keduanya dalam usaha menyebarluas mesej pencegahan rasuah di Perak.

Hit : 3071