Berita IBR

PUSPAKOM Kota Bharu Zahirkan Komited Tangani Rasuah Melalui Lafaz IBR

KOTA BHARU, 22 Mac - Termeterai satu lafaz dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh warga PUSPAKOM cawangan Kota Bharu, Kelantan dalam satu program yang dirancang khas bagi menunjukkan komitmen dan kesungguhan Pengurus cawangan PUSPAKOM Kota Bharu dalam menangani gejala rasuah.

Seramai 40 orang warga kerja PUSPAKOM telah melafaz IBR yang diketuai oleh Encik Wan Hamdan Wan Ali, Pengurus PUSPAKOM cawangan Kota Bharu dan disaksikan oleh KPKPj Rosli Husain, Pengarah SPRM Kelantan.

Majlis diteruskan dengan menandatangani dan penyerahan sijil IBR oleh Pengurus PUSPAKOM cawangan Kota Bharu dan diakhiri dengan sesi bergambar. Majlis ini dilaksanakan dengan pematuhan penuh kepada SOP yang ketat dan penjarakan fizikal serta pemakaian penutup muka. 


Hit : 3443