Berita Pendidikan

Pengarah SPRM Pahang Sambut Mesra Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif PAIP

KUANTAN, 22 Mac - Encik Saiful Zaini Mohd Bokhari, Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) telah membuat kunjungan hormat kepada KPKPj Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Negeri Pahang pada pagi ini.

Objektif utama kunjungan hormat ini adalah untuk merapatkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha untuk mencegah rasuah khususnya di Pejabat PAIP. Topik perbincangan juga berkisar mengenai isu-isu integriti dan rasuah yang berlaku dalam negara.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Mohd Hanif Mohamed Nor, Ketua Bahagian Audit Dalam & Integriti PAIP; Mohd Solehuddin Yusof, Ketua Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran PAIP, PKPj Teh Chong Earn, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Pahang serta pegawai-pegawai SPRM Pahang.


Hit : 6360