Berita Pendidikan

Pengarah SPRM Johor Sambut Mesra Kunjungan Ketua Eksekutif Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC)

JOHOR, 18 Mac -TPj Dato' Haji Azmi Haji Alias, Pengarah SPRM Negeri Johor menerima kunjungan hormat daripada Datuk Seri Haji Mustafar Haji Ali, Ketua Eksekutif Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) pada hari ini.

Perjumpaan diadakan bertujuan membincangkan agenda pemerkasaan penguatkuasaan undang-undang, di samping merencana solusi terbaik dalam memerangi jenayah rasuah di perairan Negeri Johor.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Nor Yazid Khairi Mohamad Noor, Pegawai Jabatan Laut Negeri Johor; PPj A. Amrun Abdul Rahman, Timbalan Ketua Siasatan Negeri SPRM Negeri Johor dan PKPs Dayang Masneh Deh.


Hit : 1775