Berita Pendidikan

Kunjungan Hormat Pengarah SPRM Terengganu Ke Atas Pengarah Mahkamah Terengganu

KUALA TERENGGANU, 18 Mac – KPKPj Ruslan Che Amad, Pengarah SPRM Terengganu telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Dasuki Ali, Pengarah Mahkamah Negeri Terengganu pada hari ini.

Antara perkara yang dibincangkan adalah isu-isu semasa berkaitan dengan integriti dan kerjasama erat antara pihak mahkamah dengan SPRM serta prosedur-prosedur baru yang dilaksanakan oleh mahkamah bersesuaian dengan norma baru mengikut garis panduan pencegahan pandemik COVID-19.

Turut hadir dalam pertemuan ini PPj Zainal Ayop, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Terengganu; PsK Renifezri Mohamad, Ketua Siasatan Negeri SPRM Terengganu dan Ps Nur Atikah Aziz, Ketua Unit Pendakwaan SPRM Terengganu.


Hit : 1675