Berita Terkini

KASTAM Terima Vaksin Perangi Pemberi Rasuah

PUTRAJAYA, 16 Mac - Penerimaan vaksin Perangi Pemberi Rasuah yang mensasarkan 1000 penyertaan pegawai Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) menjadi realiti dengar kehadiran mencecah 1300 orang pegawai.

Program Perangi Pemberi Rasuah JKDM - SPRM - ACeIO ini dirangka khas untuk memastikan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada komuniti kastam menerima vaksin perangi pemberi rasuah agar dapat mewujudkan imunisasi berkelompok daripada virus rasuah dan seterusnya bersama SPRM dalam memerangi Pemberi Rasuah dalam JKDM.

Program ini dirasmikan oleh TPj Datuk Razim Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat.

Program diserikan dengan ceramah daripada Ustaz Mohd Amri Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kesihatan Malaysia bertajuk ‘Rezeki Halal Katakan Tidak Kepada Rasuah’; KPKPj Ahmad Sabri Mohamed, Presiden Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah Malaysia (ACeIO) bertajuk ‘Integriti Dalam Perkhidmatan’, KPKPj Mohamad Tarmize Abdul Manaf, Timbalan Pengarah PENMAS yang bertajuk ‘Perangi Pemberi Rasuah: Strategi Pelaksanaan Ke Arah Memartabatkan Integriti Perkhidmatan Awam’ serta KPKPj Sudirman Aban, Ketua Unit Integriti dengan ceramah yang bertajuk ‘ Fasilitasi Integriti JKDM Mendepani Rasuah’.

 


Hit : 3423