Berita Terkini

PJD Link Zahir Inisiatif Perangi Rasuah Bersama SPRM

Putrajaya, 16 Mac - Pengerusi Petaling Jaya Dispersal Link (PJD LINK), Tun Zaki Tun Azmi telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Kunjungan hormat tersebut merupakan langkah proaktif PJD LINK dalam meningkatkan kesedaran dan kebertanggungjawaban untuk memerangi jenayah rasuah bersama SPRM.

Dalam pertemuan selama sejam itu, PJD LINK turut diperkenalkan dengan Liabiliti Korporat dan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) sebagai langkah pencegahan rasuah dalam organisasi.

Pada masa yang sama, lawatan tersebut juga merupakan platform bagi kedua-dua pihak untuk mengukuhkan hubungan kerjasama jangka masa panjang selain berkongsi pendapat dalam isu-isu semasa berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Razim Mohd. Noor dan Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM, KPKPj Nazli Rasyid Hj. Sulong.


Hit : 2391