Berita Pendidikan

Pengarah SPRM Perak Sebar Mesej Rasuah Melalui Kunjungan Hormat Kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO)

PERAK, 16 Mac – YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi Haji Mohamad, Pengarah SPRM Perak mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg Dato’ Haji Mohd Zolkafly Haji Harun, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam (INTAP) di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Kunjungan ini bertujuan bagi membincangkan kerjasama yang akan dilaksanakan di antara Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) dan SPRM Perak dalam menangani isu rasuah di kalangan warga kerja EXCO dan memastikan mereka bebas rasuah.

Melalui kunjungan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin di antara YBhg Dato’ Haji Mohd Zolkafly Haji Harun bersama SPRM Perak.

Hit : 1559