Berita Pendidikan

SPRM Perak Jalin Kerjasama Bersama Pejabat Menteri Besar Perak Bagi Mencegah Jenayah Rasuah Melalui Kunjungan Hormat

PERAK, 16 Mac – YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi Haji Mohamad, Pengarah SPRM Perak mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak hari ini. 

Kunjungan ini bertujuan bagi menjalinkan kerjasama yang erat di antara SPRM Perak dan pejabat Menteri Besar dan merupakan yang pertama kali diadakan selepas YBhg. Datuk Saarani dilantik menjadi Menteri Besar Perak ke-14.

YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi juga berkesempatan mengedarkan QR Kod kaji selidik berkenaan Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah SPRM 2021 untuk diedarkan kepada warga kerja pejabat Menteri Besar Perak.
Hit : 3375