Berita Terkini

Setiausaha Pejabat, Bukan Sekadar Pemegang Rahsia

PUTRAJAYA, 12 MAC - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menganjurkan Program 'Seindah Budi Bertaut Kasih' SPRM 2021 dengan memberi tumpuan kepada Setiausaha Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, peranan setiausaha adalah penting, bukan sahaja berkhidmat kepada ketuanya, malahan lebih dari itu.

"Sebagai setiausaha pejabat, anda semua berperanan bukan sekadar mengatur jadual, namun tugasan terbesar anda adalah untuk menjaga kerahsiaan organisasi dan keluar masuk dokumen.

"Justeru, saya amat menitikberatkan tahap profesionalisme dan kemahiran interpersonal kalian semua," ujar beliau.

Sementara itu, Datuk Seri Azam semasa berucap dalam majlis tersebut turut menitipkan pesanan supaya mereka dapat mencari peluang untuk menghadiri kursus berkaitan komunikasi di dalam Bahasa Inggeris, meningkatkan keyakinan dalam pengurusan imej dan penampilan diri.

Turut hadir adalah PKPj Kamarudin M. Ripin, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategi SPRM selaku Ketua Jawatankuasa Penganjur Program.


Hit : 2063