Berita Menarik

Wang rasuah dalam poket seluar

MELAKA: Seorang sarjan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan reman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tindakan meminta dan menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada seorang wanita, semalam.

Perintah tahan reman itu dikeluarkan Majistret Lee Kim Keat terhadap suspek berusia 33 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Suspek ditahan petang semalam di sebuah rumah di Bukit Rambai di sini, selepas disyaki meminta dan menerima wang suapan bernilai RM2,000 daripada seorang wanita.

Wang tersebut didakwa sebagai suapan agar anak wanita terbabit tidak dituduh di mahkamah atas kesalahan positif dadah jenis syabu.

Dalam serbuan tersebut, wang rasuah dikatakan dijumpai di dalam poket seluar suspek dalam pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai dan anggota SPRM. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/nasional/2021/03/wang-rasuah-dalam-poket-seluar/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=wang-rasuah-dalam-poket-seluar

Hit : 2103