Berita Pendidikan

Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Sabah Ke Atas Pengarah SPRM Sabah

KOTA KINABALU, 10 Mac –TPj Karunanithy a/l Y.Subbiah, Pengarah SPRM Sabah berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Sr Haji Azmi Khalid, Ketua Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Sabah (JPPH) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SPRM Sabah pada pagi ini.

Kunjungan hormat ini bertujuan mendapatkan penjelasan berkenaan Jawatankuasa Anti Rasuah dan Pelan Antirasuah organisasi (OACP) dan mengeratkan lagi jalinan kerjasama strategik dan hubungan silaturrahim antara JPPH dengan SPRM Sabah di Negeri Sabah.

Turut hadir dalam majlis ini ialah PKPj Awang Samsul Baharam Bungso, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sabah; PKPj Syamsul Osman, Ketua Siasatan Negeri SPRM Sabah serta pegawai-pegawai JPPH.


Hit : 2169