Berita Terkini

SPRM Sambut Baik Kerjasama Dengan MAMSB

PUTRAJAYA, 10 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima kunjungan hormat Presiden Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia (MAMSB), Dato’ Sri Jajakhan Kader Gani di Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato' Sri Ahmad Khusairi Yahaya.

Kunjungan ini diadakan supaya MAMSB dapat memahami kaedah penguatkuasaan SPRM dalam memerangi jenayah rasuah dalam kalangan ahli perniagaan yang menyediakan perkhidmatan wang berlesen.

MAMSB turut mencadangkan agar satu program Pencegahan antirasuah diadakan bersama ahli-ahli persatuan yang lain bagi memberi kesedaran tentang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Selain itu, lawatan ini juga menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk berkongsi amalan baik secara berterusan dalam organisasi masing-masing.

Turut hadir ialah Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali; Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram SPRM, TPj Mohamad Zamri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAMSB, Chitra D Sundram.


Hit : 2133