Berita Terkini

Pejabat Daerah Dan Tanah Jasin Sahut Hapuskan Jenayah Rasuah Melalui Lafaz IBR

MELAKA, 4 Mac – Warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Jasin (PDTJ) hari ini telah menzahirkan Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah sebagai akujanji dalam membendung kegiatan rasuah di daerah Jasin terutamanya di kalangan warga kerjanya.

Seramai lebih kurang 50 orang warga PDTJ menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bagi dalam usaha pencegahan rasuah selaras dengan hasrat SPRM. Majlis telah berlangsung dengan lafaz IBR yang diketuai oleh YBhg. Datuk Anis Ali Hasan, Pegawai Daerah Jasin dengan disaksikan oleh PKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, Pengarah SPRM Melaka.

SPRM amat berharap majlis ini secara langsung dapat menyemai dan memupuk semangat bekerja dengan berintegriti yang tinggi di kalangan warga kerja PDTJ dalam memerangi perbuatan keji jenayah rasuah.


Hit : 2514