Berita Pendidikan

Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd Kukuhkan Integriti Dengan Lafaz IBR

SABAH, 9 Mac – Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd (BDNC) komited dalam bersama-sama SPRM memerangi jenayah rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Feroz Razi Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif BDNC dan disaksikan oleh TPj Karunanithy a/l Y.Subbiah, Pengarah SPRM Sabah.

Seramai 60 orang ketua sektor BDNC bersama-sama Laksamana Pertama Mohd Razib Tahir, Panglima Angkatan Kapal Selam, Tentera Laut Diraja Malaysia turut serta dalam majlis ini.


Hit : 2518