Berita Pendidikan

Kunjungan Hormat Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia SUK Negeri Kedah ke SPRM Kedah

ALOR SETAR, 8 Mac – PKPj Ting Ing Ping, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Kedah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Romani Wan Salin selaku Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi & Multimedia, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna pada hari ini.

Pertemuan ini adalah bertujuan untuk menjalinkan silaturrahim dan hubungan kerjasama antara SPRM Kedah dengan Jawatankuasa Komunikasi & Multimedia SUK Negeri Kedah. Pertemuan ini juga telah memperkenalkan secara umum fungsi SPRM, peranan Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Kedah.


Hit : 2626