Berita Pendidikan

Diskusi Dua Hala SPRM Terengganu Bersama Dato’ Yang Dipertua DUN dan Exco Kerajaan Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU, 8 Mac – KPKPj Ruslan Che Amad, Pengarah SPRM Terengganu berbesar hati menerima lawatan kerja daripada Dato’ Haji Yahaya Ali, Yang Dipertua (YDP) Dewan Undangan Negeri Terengganu pada hari ini.

Satu majlis diskusi dua hala telah berlangsung yang mana telah kedua-dua pihak telah berkongsi pandangan berkaitan isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa serta isu-isu politik semasa.

KPKPj Ruslan juga mencadangkan pihak Kerajaan Negeri supaya mewujudkan Kod Etika bagi Ahli-Ahli Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri sebagai satu garis panduan kepada mereka dalam menangani isu-isu integriti khususnya dalam isu-isu sumbangan dana politik.

Turut serta dalam lawatan ini ialah Haji Hishamuddin Abd Karim, Haji Maliaman Kassim,Tuan Sulaiman Sulong, Haji Alias Harun dan Hajjah Zuraida binti Md Nor.


Hit : 2736