Berita Terkini

RECODA Komited Memerangi Jenayah Rasuah Dengan Lafaz IBR

KUCHING, 8 Mac – Regional Corridor Development Authority (RECODA) komited untuk bersama-sama SPRM dalam memerangi jenayah rasuah dengan melafaz serta menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Auditorium Tingkat 1, Menara LCDA, Kuching pada hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Datuk Haji Ismawi Haji Ismuni, Ketua Pegawai Eksekutif RECODA dan disaksikan oleh KPKPj Mohd Zaki Hassan, Pengarah SPRM Negeri Sarawak.

Seramai 70 orang pegawai dan kakitangan RECODA telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha pencegahan jenayah rasuah selaras dengan hasrat SPRM.


Hit : 2147