Berita Pendidikan

Kunjungan Hormat Pengarah APMM Zon Maritim Labuan Kepada Pengarah SPRM Labuan

LABUAN, 3 Mac – PPj Yusizzudin Mohd Yusof, Pengarah SPRM Pengarah Labuan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Kapten Maritim Nudin Jusoh, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan pada hari ini.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan merangka kerjasama strategik antara SPRM Labuan dan APMM Zon Maritim Labuan dari aspek aktiviti operasi penguatkuasaan dan pencegahan rasuah. Di samping itu juga, kunjungan ini bertujuan untuk membina hubungan silaturrahim dan kerjasama antara kedua-dua belah pihak.

Turut hadir dalam majlis ini ialah PsK Augustine S. Manson, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Labuan serta pegawai-pegawai APMM.


Hit : 3636