Berita Terkini

Kunjungan Hormat Pengarah SPRM Perlis Kepada Pengarah LHDN Perlis

KANGAR, 3 Mac – PKPj Suzeliana Hashim, Pengarah SPRM Negeri Perlis telah mengadakan kunjungan hormat kepada Encik Muhamad Mustafa Said, Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Kedah/Perlis di Pejabat LHDNM Negeri Perlis.

Perjumpaan ini merupakan platform kerjasama antara agensi penguatkuasa dimana dapat mengkoordinasikan perkongsian maklumat antara agensi khususnya berkongsi pandangan berkaitan kesalahan-kesalahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di samping kerjasama dalam aspek pencegahan kedua-dua pihak.

Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah PPj Nor Azreen Zulkafli, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Perlis; PsK Mohamad Razif Ab Rased, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Perlis serta pegawai-pegawai Kanan LHDNM.


Hit : 4922