Berita Terkini

Mesej Antirasuah SPRM Kedah Dipaparkan di Daerah Kubang Pasu, Kedah

ALOR SETAR, 3 Mac – SPRM Kedah telah melaksanakan satu lagi usaha dalam menyebar luas mesej pencegahan rasuah dengan kerjasama Agensi AntiDadah Kebangsaan Daerah Kubang Pasu dengan memasang papan tanda pencegahan di persimpangan lampu isyarat Pekan Jitra 2, Kedah.

Usaha mendirikan papan tanda ini adalah sebagai salah satu langkah pencegahan yang diambil untuk menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat agar tidak terlibat dalam perbuatan rasuah dan hebahan saluran utama untuk membuat aduan salah laku jenayah rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa kepada SPRM Kedah.