Berita Terkini

SPRM Negeri Kelantan Seru PUSPAKOM Negeri Kelantan Sahut Hapuskan Rasuah Melalui Kunjungan Hormat

KELANTAN, 3 Mac – KPKPj Rosli Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan mengadakan kunjungan hormat kepada Encik Che Aziz Abdullah, Pengurus Wilayah Timur PUSPAKOM Kelantan di pejabat PUSPAKOM Kelantan hari ini.

Kunjungan ini merupakan satu usaha bagi mengeratkan hubungan sedia ada ke arah hubungan strategik yang lebih erat bagi kedua-dua belah pihak. Antara yang dibincangkan adalah cadangan program pencegahan rasuah untuk merapatkan hubungan dan membina kerjasama untuk meningkatkan integriti.

Diharapkan dengan kerjasama yang terjalin ini akan meningkatkan hubungan baik antara keduanya dalam usaha menyebarluas mesej pencegahan rasuah di negeri ini.