Berita Pendidikan

SPRM Negeri Pahang Jalin Kerjasama Strategik Bersama Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Negeri Pahang

KUANTAN, 03 Mac – PsK Nik Nor Azleen Mohammed, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Pahang mengadakan kunjungan hormat kepada Puan Nik Munirah Muhd Nur, Ketua Unit Integriti pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang di Bilik Mesyuarat Unit Integriti, Wisma Sri Pahang, petang tadi.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan berkaitan program-program pencegahan yang akan dilaksanakan. Program ini menyasarkan kepada pihak berkuasa tempatan negeri dan anak-anak syarikat kerajaan negeri. Pihak Unit Integriti Kerajaan Negeri Pahang sangat menyambut baik dengan cadangan-cadangan yang telah diberikan. Harapan kedua-dua belah pihak agar keputusan cadangan yang telah diputuskan dapat direalisasikan dan usahasama yang terjalin ini berpanjangan.

Di akhir pertemuan satu rakaman video khidmat pesanan awam bermesejkan pencegahan rasuah telah dibuat oleh barisan pegawai Unit Integriti. Video ini akan dimainkan melalui saluran YouTube SPRM Negeri Pahang iaitu "PahangAntiCorruptionPACCtv".


Hit : 3586