Berita Pendidikan

Terengganu Incorporated (TI) Jalin Kerjasama Bersama SPRM Terengganu Sebagai Langkah Tadbir Urus Yang Baik Dalam Organisasi

KUALA TERENGGANU, 2 Mac - Encik Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun, Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Incorporated (TI) bersama beberapa pegawai kanan korporat TI mengadakan sesi diskusi bersama KPKPj Ruslan Che Amad, Pengarah SPRM Terengganu di Kompleks SPRM Terengganu hari ini.

Dalam pertemuan ini, pelbagai isu dibincangkan bersama sebagai langkah yang akan diambil oleh pihak TI bagi memastikan tadbir urus yang baik dalam organisasi TI serta anak-anak syarikat di bawah TI.

KPKPj Ruslan menyambut baik langkah strategik yang dilaksanakan oleh Pengurusan Tertinggi TI ini dalam membudayakan integriti dikalangan warganya serta anak-anak syarikat di bawah TI. Langkah strategik ini dilihat sebagai satu langkah yang baik untuk membendung rasuah dan ketirisan serta memantapkan integriti dalam organisasi sekaligus dapat mengelakkan liabiliti kesalahan di bawah peruntukan Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Pertemuan ini diakhiri dengan penyerahan buku Code of Business Ethics (COBE) oleh Encik Burhanuddin Hilmi kepada KPKPj Ruslan sebagai tanda komitmen TI untuk menjadi sebuah organisasi perniagaan yang berteraskan integriti dan tadbir urus yang baik dalam organisasi.


Hit : 2814