Berita Pendidikan

Perbincangan Meja Bulat dan Kunjungan Hormat kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor Pupuk Semangat Integriti dalam Kalangan Warga Kerja

JOHOR BAHRU, 28 Feb - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah mengadakan sesi perbincangan meja bulat (roundtable discussion) dan kunjungan hormat ke pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor petang tadi.

Delegasi dari SPRM Johor diketuai oleh PKPj Sheikh Hamadi Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Johor. Turut hadir bersama, Dato' Dr. Aman Rabu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor serta pegawai-pegawai kanan jabatan tersebut.

Isu yang dibincangkan dalam perbincangan meja bulat yang berlangsung hampir satu jam ini adalah berkaitan kerjasama strategik antara SPRM dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor dalam aspek inisiatif pencegahan rasuah bagi mempertingkatkan lagi integriti dikalangan warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Johor. 

Selain itu, turut menyentuh beberapa langkah pencegahan yang telah diambil oleh SPRM bagi memastikan kesalahan rasuah dapat dibanteras di peringkat jabatan kerajaan.


Hit : 2923