Berita Terkini

Program Cakna Masyarakat SPRM Negeri Kelantan Bersama YARM DAN NGO GTO

KOTA BHARU, 25 Feb – SPRM Kelantan bersama-sama Yayasan Anti Rasuah Malaysia Negeri Kelantan (YARM) dan NGO Geng Tolong Orang Kelantan (GTO) bekerjasama dalam menjayakan Program Cakna bertempat di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu  pada hari ini.

PsK Hamisah Salleh, Penolong Pengarah Pencegahan SPRM Kelantan menyatakan ini merupakan satu program untuk mendekati masyarakat dalam menyebarluas mesej antirasuah di samping dapat membantu masyarakat yang memerlukan.

Sumbangan telah diberikan kepada penerima yang berkelayakan yang mana ianya adalah adalah hasil sumbangan pegawai dan staf SPRM Kelantan sendiri bagi membantu mereka yang memerlukan seperti asnaf.


Hit : 2567