Mesyuarat Maya: Exchanging Views Session On Domestic Corruption Prevention with The World Bank
PUTRAJAYA, 23 Feb - Mesyuarat pertama ‘Exchange Views Session On Domestic Corruption Prevention with The World Bank’ dianggap sebagai lembaran baharu kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC).
Inisiatif dan kerjasama yang dicadangkan ini, secara langsung dapat membantu pihak World Bank secara efektif dalam pencegahan rasuah di peringkat domestik mahupun antarabangsa.The World Bank telah menerbitkan Global Corruption Report dalam menangani rasuah dan laporan ini juga turut memaparkan contoh-contoh positif negara maju dalam memerangi rasuah.
Semasa mesyuarat, The World Bank Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, Dr. Firas Raad mengucapkan terima kasih kepada SPRM kerana ini merupakan platform dalam membentuk jalinan kerjasama antirasuah untuk berkongsi pengalaman dan idea dalam perkara tersebut.
“Pihak kami bercadang untuk mengadakan Program Round Table Discussion (RTD) secara maya bersama SPRM dan GIACC dengan melibatkan agensi-agensi lain yang berkaitan seperti Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan lain-lain lagi dalam masa terdekat.''
Selain itu juga pihak World Bank bercadang untuk mengadakan Majlis Perasmian Global Corruption Report dan berharap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dapat menyertainya,”ujar beliau Datuk Seri Azam dalam ucapan semasa mesyuarat yang diadakan secara maya di pejabatnya pada hari ini berkata, pihak SPRM menyambut baik peluang kerjasama ini dan bersedia untuk mengadakan program RTD tersebut.
Di samping itu, beliau juga berharap GIACC dapat membentangkan mengenai pencapaian Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 semasa RTD yang bakal berlangsung kelak di samping ahli panel yang akan memfokuskan agenda dan perspektif mereka beserta idea dalam membasmi rasuah secara global.
Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd. Jamil; Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan & Penyelidikan SPRM, TPj Mohd. Hafaz Nazar; Pemangku Ketua Pengarah GIACC, Farah Adura Haji Hamidi serta Lead Governance Specialist East Asia and Pacific World Bank, Rajni Bajpai.