Berita Terkini

SPRM Terima Kunjungan Hormat Ketua Polis Kuala Lumpur

Putrajaya, 22 Feb. – Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Saiful Azly Kamaruddin telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Seri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.

Pertemuan kira-kira sejam tersebut merupakan platform bagi kedua-dua agensi untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan kerjasama jangka masa panjang dalam usaha membanteras jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Turut dibincangkan dalam pertemuan berkenaan adalah pelbagai isu semasa dan kes-kes tertunggak yang melibatkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan SPRM.

Hadir bersama ialah Ketua Jabatan Cawangan Khas, Polis Kontijen Kuala Lumpur, SAC Datuk Abu Samah Mohd. Noor.