Berita Pendidikan

Pelancaran Kick Off Jelajah Anti Rasuah JBPM SPRM Secara Atas Talian Meriah

PUTRAJAYA, 19 Feb – Kerjasama antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diteruskan lagi melalui Perasmian Kick Off Jelajah Anti Rasuah JBPM-SPRM.

Program itu telah dilancarkan melalui aplikasi zoom dan dipancarkan secara langsung melalui Facebook Rasmi JBPM pada hari ini.

TKPj Dato' Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM telah merasmikan program ini. SPRM menghargai kerjasama strategik ini serta menyarankan agar JBPM turut sama menyokong Kempen Perangi Pemberi Rasuah yang telah dilancarkan oleh SPRM pada 9 Disember 2020 yang lepas.

Program kerjasama strategik ini disempurnakan di pejabat masing-masing bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Turut serta dalam majlis ini ialah Dato' Sri Mohammad Hamdan Haji Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; TPj Datuk Razim Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM serta pegawai-pegawai kanan SPRM.


Hit : 675