Berita Pendidikan

LHDN Negeri Johor Jalin Kerjasama Bantu SPRM Negeri Johor Melalui Kunjungan Hormat

JOHOR BAHRU, 16 Feb - Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Johor, Encik  Md Kamal Johan mengadakan kunjungan hormat kepada Dato' Haji Azmi Haji Alias, Pengarah SPRM Negeri Johor hari ini.

Kunjungan hormat ini bertujuan bagi menjalinkan kerjasama di antara LHDN Johor bersama SPRM negeri Johor. Encik  Md Kamal menyatakan kesediaan pihaknya menawarkan bantuan kepada SPRM bagi menyalurkan data dan maklumat lengkap yang diperlukan semasa siasatan dijalankan di bawah Akta SPRM.

Sementara itu, Dato' Haji Azmi kolaborasi seumpama ini sememangnya perlu untuk memastikan kedua-dua belah pihak dapat saling membantu antara satu sama lain dan menyumbang kepada kepentingan agensi masing-masing. 


Hit : 2394