Berita Terkini

MAFI Tekad Perangi Rasuah Bersama SPRM

PUTRAJAYA, 15 Februari - Kementerian Pertanian danIndustri Makanan (MAFI) yang menerajui ke arah pembangunan industri tanaman,ternakan dan perikanan telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
 
Delegasi yang diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MAFI, Dato' Haslina Abdul Hamid tiba pada pukul 10 pagi.
 
Lawatan selama dua jam ini menjadi platform bagi Pengurusan Tertinggi kedua-dua pihak untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan kementerian yang melibatkan rasuah dan penyelewengan yang berlaku di negara ini.
 
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pertemuan ini adalah untuk membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil SPRM untuk membantu MAFI dan beberapa agensi di bawahnya dalam memantapkan serta meningkatkan tadbir urus yang baik dalam sektor awam.
 
“Pihak kami turut berbincang mengenai isu daging yang telah mendapat liputan meluas media di mana siasatan melibatkan agensi penguatkuasa seperti SPRM dan MAQIS telah diadakan supaya dapat membentuk koordinasi penyiasatan secara bersama."
 
“Antara yang dicadangkan adalah penubuhan satu pasukan bertugas dalam memastikan proses industri pengimportan daging dapat dibuat dengan teratur dan selamat untuk pengguna,” kata beliau.
 
Di samping itu, pertemuan ini juga menjadi ruang danpeluang kedua-dua agensi untuk menyebar luas amalan baik dalam organisasi masing-masing.
 
Turut hadir Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi SPRM, KPKPj Nurahim Abd. Rahim serta Ketua Pegawai Integriti MAFI, KPKPj AzminYusoff.


Hit : 2150