Berita Pendidikan

SPRM Sabah Menyantuni Golongan Media Dalam Penyerahan Sumbangan Bakul Makanan Daripada Yayasan Prihatin SPRM Kepada Persatuan Wartawan Sabah

KOTA KINABALU, 6 Feb – Yayasan Prihatin SPRM melalui SPRM Sabah prihatin terhadap golongan wartawan yang terkesan dengan pandemik Covid 19 telah menyerahkan sumbangan bakul makanan bertempat di Pejabat Persatuan Wartawan Sabah, Lintas Square, Luyang pada hari ini.

Seramai 22 orang penerima telah menerima sumbangan daripada TPj Karunanithy a/l Y Subbiah, Pengarah SPRM Sabah.

TPj Karunanithy menyatakan bahawa wartawan merupakan golongan profesional yang dapat mempengaruhi pandangan atau sikap masyarakat, melalui laporan dan tulisan mereka dalam menyebarkan mesej-mesej antirasuah menerusi media massa di Negeri Sabah ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Datuk Mugunthan Vanar, Presiden Persatuan Wartawan Sabah; Puan Jenne Lajiun, wartawan The Borneo Post, Encik Raphiel Pinus, Sub-Editor Sabah Times dan PKPj Awang Samsul Baharam Bongsu, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sabah.


Hit : 1545