Berita Pendidikan

Frontliner Di Hati, Rasuah Dihindari Tingkat Motivasi Petugas Sekatan Jalanraya

PUTRAJAYA, 3 Feb - SPRM melalui Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) Ibu pejabat mengadakan kunjungan kepada petugas barisan hadapan menandakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di Negara ini bukan halangan bagi menyampaikan mesej antirasuah.

Matlamat kunjungan untuk menyantuni petugas barisan hadapan yang berjuang memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi oleh rakyat Malaysia.

Petugas barisan hadapan juga diingatkan agar sentiasa memartabatkan integriti dan menjauhi rasuah sewaktu menjalankan tugas. SPRM juga menyarankan agar Laporan SPRM dibuat sekiranya berlakunya perlanggaran SOP dan penawaran rasuah selaras dengan usaha ‘Memartabatkan Integriti Penjawat Awam’.

SPRM turut memberikan sedikit sumbangan bahan makanan kering bagi kegunaan petugas barisan hadapan.

Kunjungan ini diketuai oleh KPKPj Mohamad Tarmize Abd Manaf, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM dan disambut baik oleh ASP Marlizan @ Mustafa Pa'adek, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Hit : 1772