Berita Menarik

Op Bumi

Pada 16 Julai2020, satu operasi yang dinamakan “Ops Bumi” telah dijalankan oleh Bahagian Perisikan SPRM dimana tangkapan telah dilakukan terhadap Sembilan (9)individu yang terlibat dengan permohonan pendaftaran baru akaun MOF, tambah bidang, kemaskini dan permohonan status taraf Bumiputera syarikat-syarikat di seluruh Malaysia secara salah tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan yang melibatkan lima (5) kakitangan Bahagian Perolehan di Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan empat (4) orang awam.

 Hasil siasatan yang dijalankan ke atas aduan mendapati sepanjang tahun 2017 sehingga tahun 2020, semua OKT telah menerima sejumlah wang rasuah bernilai antara RM50.00 hingga RM1,500.00 daripada orang tengah yang menguruskan setiap permohonan pendaftaran baru akaun MOF, tambah bidang, kemaskini dan permohonan status taraf Bumiputera syarikat-syarikat di seluruh Malaysia. Wang yang diterima oleh semua OKT adalah sebagai balasan bagi mempercepatkandan meluluskan permohonan tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yangtelah ditetapkan.                        

Sebanyak 5 kertas siasatan telah dibuka berkaitan kes ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 18ASPRM 2009 kerana membuat tuntutan palsu.


Hit : 1460