Berita Terkini

Komander Briged Tenggara PGA Kuantan Mengadakan Kunjungan Hormat Kepada Pengarah Sprm Negeri Pahang

KUANTAN, 10 Jun – SAC Hasan Basri Ahmad Safar, Komander Briged Tenggara PGA Kuantan telah membuat kunjungan hormat kepada KPKPj Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Negeri Pahang.

Kunjung hormat ini bertujuan untuk berkongsi peranan dan fungsi agensi masing-masing. Pertemuan dua hala ini juga membincangkan serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak termasuk membina hubungan silaturrahim dalam mempertingkatkan usaha membanteras dan mencegah rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.

Isu-isu integriti, kes-kes rasuah dan tadbir urus yang sentiasa membelengu penjawat awam juga menjadi topik perbincangan dalam kunjungan hormat ini. Pengarah SPRM Negeri Pahang menyambut baik dan memberikan sokongan penuh kepada komitmen pihak Briged Tenggara PGA Kuantan dalam usaha memerangi rasuah.

Hit : 3566