Berita Terkini

Kunjungan Hormat Pengarah SPRM Perlis Ke Majlis Perbandaran Kangar

KANGAR, 16 Jul– Pengarah SPRM Perlis, PKPj Suzeliyana Hashim telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Wan Ahmad Fazli Wan Khamis Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK) bertempat di Pejabat MPK hari ini.

Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama kedua-dua pihak dalam perlaksanaan program-program pencegahan yang bakal dianjurkan oleh SPRM Perlis pada masa akan datang.

Tuan Wan Ahmad bersedia memberi kerjasama dan bersama-sama membantu dalam membanteras jenayah rasuah di kalangan pegawai dan kakitangan MPK.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah PsK Tuan Mohamad Razif Ab Rased, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Perlis dan PKPs E Mey a/p E Boon Him, Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Perlis.

Hit : 2752