Berita Terkini

Program Seloka Bersahut Anti Rasuah SPRM Kelantan Bersama Kelantan FM

KOTA BHARU, 16 Jul – SPRM Kelantan mengorak langkah memilih medium radio untuk merealisasikan matlamat penyampaian mesej antirasuah dengan mengadakan rakaman Program “Seloka Bersahut Anti Rasuah” yang akan disiarkan di Kelantan FM.

Program ini adalah berbentuk pantun dan seloka yang diselitkan dengan mesej-mesej pencegahan rasuah dan info berkaitan SPRM. Rakaman dibuat sebanyak dua sesi dan akan disiarkan di radio Kelantan FM pada setiap hari Selasa jam 5 petang.

Program ini telah dirakamkan di Auditorium Kelantan FM diketuai oleh Dj Fiza, Penerbit Kelantan FM serta dua orang penghibur tempatan iaitu Abe Awe Salam Pantai Timur dan Along PM @ mokyam yang banyak membantu menghidupkan suasana program.

Hit : 2953