Berita Terkini

Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu (BAR) Mengadakan Salam Hormat & Takzim Ke Atas Pengarah SPRM Terengganu

KUALA TERENGGANU, 26 Julai - Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu, Encik Sallehudin Harun dan rombongan telah mengadakan pertemuan kepada KPKPj Ruslan Che Amad, Pengarah SPRM Terengganu.

Sesi pertemuan ini diselitkan dengan perkongsian pengalaman dari kedua-dua pihak dan juga cadangan perlaksanaan beberapa aktiviti pencegahan rasuah yang boleh dilaksanakan di kalangan ahli Terengganu BAR.

Kesempatan kali ini digunakan oleh Pengarah SPRM Terengganu untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan fungsi dan bidang tugas SPRM.

Hit : 3429