Berita Terkini

Kunjungan Hormat Pengarah JPJ Pulau Pinang Kepada Pengarah SPRM Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 5 Ogos – Tuan Adenan Md Isa, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang telah membuat kunjungan hormat kepada KPKPj Puan Lim Bee Kean, Pengarah SPRM Pulau Pinang bertempat di Kompleks SPRM Pulau Pinang pagi ini.

Antara perkara yang dibincangkan adalah kerjasama yang boleh diadakan di antara SPRM dan JPJ melibatkan program-program pencegahan seperti mengadakan kursus atau bengkel berkaitan Integriti kepada pegawai dan kakitangan JPJ Pulau Pinang.      

Turut hadir pada sesi pertemuan adalah KPKPj Mohd Shukor Mahmud, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Pulau Pinang; PKPj Chin Chen Huat, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Pulau Pinang serta Tuan Shahrul Azhar bin Mat Dali, Timbalan Pengarah JPJ Pulau Pinang.

Hit : 4979