Berita Terkini

Taklimat Seksyen 17A Bersama Ex-Officio Negeri Melaka

MELAKA, 6 Ogos – PsK Ahmad Faizul Abdul Rashid, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Negeri Melaka telah menyampaikan taklimat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 bertajuk Kesalahan oleh Organisasi Komersial di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah Kerajaan Negeri Melaka Bil 2/2020.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Datuk Seri Hasim Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Turut hadir dalam mesyuarat ialah Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka dan Datuk Hanafi Sakri, Pegawai Kewangan Negeri Melaka.

Hit : 2823