Berita Terkini

SPRM Sambut Mesra Lawatan KASTAM

PUTRAJAYA, 26 Ogos – Seramai 14 orang Pegawai Kanan KASTAM telah membuat lawatan ke Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM pada hari ini.

Lawatan yang diketuai oleh KPKPj Sudirman Aban, Timbalan Pengarah, Cawangan Integriti KASTAM disambut mesra oleh TPj Razim Mohd Noor, Pengarah PenMas.

Rombongan telah dibawa melawat Sky Bridge SPRM, tingkat 13 dan Konti MACC FM. Turut serta dalam kunjungan ini ialah KPKPj Tarmize Abdul Manaf, Timbalan Pengarah PenMas dan KPKPj Ab Muneim Ibrahim, Ketua Sektor Outreach PenMas.

Hit : 2951