Berita Terkini

Pengarah SPRM Sarawak Jalin Kerjasama Basmi Rasuah Dengan Mengadakan Kunjungan Hormat Kepada Pengarah Imigresen Malaysia Negeri Sarawak

KUCHING, 2 Sept - KPKPj Mohd Zaki Hassan, Pengarah SPRM Sarawak mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datu Ken Leben, Pengarah Imigresen Malaysia Negeri Sarawak bertempat di Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sarawak, Tingkat 2 Bangunan Sultan Iskandar, Kuching.

Pada pertemuan ini, Pengarah Imigresen Negeri Sarawak berkongsi usaha-usaha yang telah dilaksanakan JIM dalam memantapkan integriti warga JIM seperti putaran kerja, mendapat pensijilan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS), Sistem Biometric kehadiran warga jabatan dan sebagainya.

Sehubungan itu, Pengarah SPRM Sarawak mengucapkan tahniah dan syabas kepada JIM Negeri Sarawak dalam Operasi Bersama dengan SPRM Sarawak pada tahun ini yang telah membawa kerjayaan yang cemerlang dan beliau berharap kerjasama kedua-dua pihak akan berterusan bagi membanteras jenayah rasuah.

Hit : 6383