Berita Terkini

Pengarah SPRM Negeri Pahang Jalin Kerjasama Basmi Rasuah Bersama RELA Negeri Pahang Melalui Kunjungan Hormat

KUANTAN, 3 Sept – KPKPj Hairuzam Amin@Hamim, Pengarah SPRM Negeri Pahang mengadakan kunjungan hormat kepada PPjKR Abdul Azizi Sidi Ahmad, Pengarah RELA di Bilik Mesyuarat Pejabat RELA, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Indera Mahkota 8, Kuantan hari ini.

Objektif utama kunjungan ini bertujuan bagi memperkukuhkan jalinan hubungan baik antara SPRM Negeri Pahang dan RELA Negeri Pahang. Penekanan terhadap integriti yang melibatkan pegawai dan anggota RELA, dimana isu integriti ini boleh membuka ruang dan peluang berlakunya rasuah dan salahguna kuasa. Ini kerana RELA sentiasa bersama masyarakat sepanjang masa.

Harapan kedua-dua pihak agar usahasama yang terjalin ini berpanjangan demi membanteras rasuah dalam Negeri Pahang umumnya dan Daerah Kuantan khususnya.

Hit : 2921