Berita Pendidikan

Kunjungan Hormat Pengarah SPRM Pahang Ke Atas Dekan Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UMP

KUANTAN, 4 Sept - KPKPj Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Negeri Pahang telah membuat kunjungan hormat ke atas Dr. Ahmad Johari Mohamad, Dekan Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada hari ini.

Antara perkara yang dibincangkan adalah cadangan mewujudkan modul mata pelajaran integriti dan pencegahan rasuah kepada pelajar universiti. Kumpulan sasaran adalah pelajar supaya kumpulan ini sentiasa menerapkan nilai-nilai integriti dalam diri masing-masing.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Dr Siti Rabiatull Aisha Idris, Pengarah Pusat Ko Kurikulum (JHEPA) UMP; Encik Mohd Nazri Samsudin, Eksekutif Kanan, Pusat Ko Kurikulum (JHEPA) UMP, PPj Sheikh Hamadi Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pahang serta pegawai-pegawai PenMas SPRM Pahang.

Hit : 2704