Berita Pendidikan

Kunjungan Hormat Pengarah SPRM Sarawak Kepada Speaker DUN Sarawak

KUCHING, 8 Sept- KPKPj Mohd Zaki Hassan, Pengarah SPRM Sarawak telah membuat kunjungan hormat kepada Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nassar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bertempat di Pejabat Speaker DUN Sarawak.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan baik dan menjalinkan kerjasama di antara kedua-dua pihak serta perkongsian mengenai struktur sejarah DUN Sarawak.

Turut hadir kunjungan hormat ini ialah PKPj Chang Ching, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sarawak; PPs Azman Ngaridi, Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Sarawak, Dato Gerawat Gala, Timbalan Speaker DUN Sarawak dan Encik Pele Peter Tinggom, Setiausaha DUN Sarawak.

 

Hit : 3431