Berita Pendidikan

Pengarah SPRM Negeri Pahang Jalin Kerjasama Cegah Rasuah Bersama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Melalui Kunjungan Hormat

KUANTAN, 14 Sept – KPKPj Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Negeri Pahang mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Haji Zaimi Abu Bakar, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang hari ini.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuhkan jalinan dan hubungan baik antara kedua-dua belah pihak. Isu- isu rasuah telah dibincangkan sebagai usaha bersama membenteras jenayah rasuah serta menutup ruang dan peluang rasuah daripada berlaku dalam jabatan.

Tuan Haji Zaimi Abu Bakar telah menzahirkan kebimbangan beliau terhadap isu integriti yang melibatkan warga kerja Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Antara lain, intipati perbincangan adalah mengenai kes-kes seperti penyelewengan kewangan, pecah amanah, keberhutangan serius dan juga penekanan terhadap isu penerimaan hadiah di kalangan kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Hit : 2838