Berita Pendidikan

Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang Terima Kunjungan Hormat Daripada Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang

PULAU PINANG, 15 Sept - KPKPj Puan Lim Bee Kean, Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang menerima kunjungan hormat daripada Encik Lim Ann Teck, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang di Kompleks SPRM Pulau Pinang hari ini.

Kunjungan ini bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara kedua-dua agensi. Peluang ini juga digunakan untuk membincangkan kerjasama yang boleh dilaksanakan terutama dalam usaha-usaha pencegahan dan membenteras jenayah rasuah di Negeri Pulau Pinang.

Tetamu turut dibawa untuk membuat lawatan ke Lokap dan Bilik Rakaman Video (VIR) SPRM Pulau Pinang.

Hit : 8707