Berita Terkini

Pengarah SPRM Kelantan Terima Kunjungan Hormat Daripada Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan

KOTA BHARU, 15 Sept - PKPj Rosli Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan menerima kunjungan hormat daripada Encik Hanif Yusabra Yusuf, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan di Kompleks SPRM Kelantan, Kota Bharu hari ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara kedua-dua agensi. Peluang ini juga digunakan bagi membincangkan kerjasama yang boleh dilaksanakan terutama dalam usaha-usaha pencegahan dan membenteras jenayah rasuah di Negeri Kelantan.

Selain itu, perkara yang turut dibincangkan adalah mengenai isu-isu semasa serta usaha untuk mengurangkan ketirisan dan salah laku rasuah terutamanya isu perlesenan, pendaftaran kenderaan, penguatkuasaan dan kejuruteraan automatif.

Hit : 3963